Ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh, menggesa anak buah segera melupakan kekalahan kepada Pakistan dan fokus bertemu lawan terakhir Kumpulan B, China, dalam kempen Kelayakan Piala Dunia di Ismailia, Mesir esok.
Aspek penyudah menjadi jurang antara The Speedy Tigers, sekali gus gagal mempertahan kelebihan pada awal permainan apabila musuh tradisi itu mudah bangkit dan mengatasi pasukan Malaysia.
Advertisement
"Kami tidak menyelesaikan peluang yang ada. Malaysia boleh menang tetapi serangan tumpul jadi pemisah.
"Kami gagal mengubah pukulan sudut penalti kepada jaringan.
Hoki Kelayakan Piala Dunia 2026 (Ismailia, Mesir):
KUMPULAN B (Rabu)
Austria lwn Pakistan, 7pm
Malaysia lwn China, 9pm
Skuad negara hanya perlu seri menentang China untuk layak ke separuh akhir & ‘selangkah’ ke Piala Dunia 2026.
@ASTROARENA pic.twitter.com/dO30iLSTBG— karlnunis (@_karlnunis) March 3, 2026
"Pihak lawan terlalu. Begitu mudah mereka menjaringkan gol.
"Kami wajib menang ke atas China. Itu sahaja harapan untuk mara ke separuh akhir," katanya.