Perhatian ketika ini tertumpu kepada perjuangan Malaysia dalam aksi Kelayakan Hoki Piala Dunia dengan perlawanan di antara Malaysia dan Australia esok.
The Speedy Tigers perlu memastikan layak ke pentas akhir pusingan kelayakan itu bagi meraih tiket lebih awal ke Piala Dunia 2026 di Belgium dan Belanda, Ogos depan.
Advertisement
'Mereka perlu bermain demi maruah, demi negara dan bangkit apabila diperlukan'
Itu antara amanat Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, buat skuad The Speedy Tigers menjelang kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir.
Menyedari tuntutan saingan kelayakan semakin sukar dengan hadirkan pasukan terkemuka dunia England, Pakistan dan Jepun, Subahan menuntut pemain untuk memberikan jiwa dan raga demi lencana di dada.
Malah, barisan kepimpinan tertinggi KHM juga akan turun padang menjadi pemain ke-12 sekali gus sebahagian daripada jentera 'serangan' The Speedy Tigers di Mesir.
"Yang saya harapkan agar pemain-pemain ini ada sikap bermain mati-matian, mereka perlu lapar. Mereka perlu berikan aksi terbaik demi negara.
"Saya yakin pemain akan berikan yang terbaik, saya akan berikan perhatian khusus bersama Datuk Najmi dalam sesi kelayakan ini.
“Mereka perlu bermain demi maruah, demi negara & perlu bangkit apabila diperlukan”
Amanat Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal buat The Speedy Tigers di Ismailia, Mesir
@ASTROARENA pic.twitter.com/X3fGekummf— karlnunis (@_karlnunis) February 28, 2026
"Saya akan lihat bagaimana untuk ke sana dan berikan sokongan moral. Akhirnya akan berbalik kepada pemain untuk terjemah bantuan daripada KHM.
"Mereka perlu bermain demi maruah, demi negara dan bangkit apabila diperlukan. Mereka diperlukan untuk layak ke Piala Dunia." katanya.