Mod dan keharmonian bilik persalinan skuad hoki negara bagaikan satu keluarga untuk mengecapi objektif utama di Mesir iaitu layak ke Piala Dunia 2026.
Laungan keyakinan itu disuarakan penjaga gol hoki negara, Rafaizul Saini, merujuk kepada kepimpinan terpuji pemain senior diketuai kapten pasukan, Marhan Jalil, mencurahkan ilmu buat pemain muda The Speedy Tigers.
Advertisement
Rafaizul hanya mampu menyokong dari jauh serta daripada aspek sokongan moral selepas diketepikan dalam senarai 21 pemain pada saat akhir.
Sarjit Singh mempertaruh Hafizuddin Othman selaku penjaga gol utama negara sambil dibantu Andrian Andy Albert.
Hoki kelayakan Piala Dunia 2026 :
3 pasukan terbaik dari Kejohanan 1 Ismailia, Mesir & 3 pasukan terbaik Kejohanan 2 Santiago, Chile layak secara merit.
Manakala slot yang terakhir jadi milik pasukan di tempat ke-4 terbaik dari saingan di Mesir / Chile.
@ASTROARENA pic.twitter.com/m8YXaSlHvC— karlnunis (@_karlnunis) February 28, 2026
"Keghairahan bermain itu sangat tinggi.
"Slot ini penting sangat untuk negara untuk terus menaikkan nama negara.
"Pemain senior sangat memberi dorongan buat tonggak muda.
"Untuk dua penjaga negara, semoga berjaya!
"Austria, China dan Pakistan, takkan tak boleh makan?" katanya seloroh di Nadi Weekend.