Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Vietnam ambil lima pemain naturalisasi baru menjelang aksi lawan Malaysia?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vietnam 5 players

Vietnam dilaporkan bakal menggunakan khidmat lima pemain naturalisasi baru menjelang aksi kelayakan Piala Asia menentang Malaysia di Stadium Thien Truong, Ninh Bình hujung bulan depan.

Lima pemain berkenaan ialah Gustavo Sant'Ana, Hendrio Araujo, Patrik Le Giang, Janclesio Almeida dan Geovane Magno, di mana kesemua mereka berusia di antara 31 hingga 33 tahun.

Advertisement

Berdasarkan laporan media-media tempatan, kelima-lima pemain berkenaan sudah berada dalam fasa akhir proses berkenaan selepas bermastautin selama lima tahun di negara itu.

Vietnam.vn melaporkan Naga Emas akan mendapat khidmat pertahanan tinggi lampai, Gustavo, yang akan menggunakan nama Do Phi Long, selepas selesai proses berkenaan, dan dijangka akan bergandingan dengan Janclesio.

DanViet pula memetik bahawa proses naturalisasi Geovane Magno bakal selesai dan akan menggunakan nama Nguyen Tai Loc.

Menurut VietnamNet, jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik, kini boleh menggunakan khidmat pemain yang baru mendapat kerakyatan, iaitu Hoang Hen (Hendrio) dan Patrick Le Giang.

Sebelum ini, Vietnam memiliki dua pemain naturalisasi, iaitu Nguyen Xuan Son dan Jason Quang Vinh Pendant, selain penjaga gol berdarah warisan, Nguyen Philip.

Malaysia akan bertemu Vietnam bagi aksi terakhir Kumpulan F pada 31 Mac depan, di mana Harimau Malaya kini sedang mendahului kumpulan dengan 15 mata dan dibezakan tiga mata dengan Vietnam.

 

Must Watch Video