Skuad bola sepak B-19 negara akan berdepan Laos bagi aksi terakhir Kumpulan H, pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2027 di Vientiane malam esok.
Selepas dua perlawanan, pasukan bimbingan Shukor Adan itu kini menduduki tangga ketiga dengan dua mata hasil keputusan seri 0-0 menentang Indonesia dan 2-2 menentang Australia.
Harimau Muda perlu memenangi aksi kali ini untuk membuka peluang ke kejohanan utama itu tahun depan, di mana hanya juara kumpulan dan tujuh pasukan naib juara terbaik akan layak ke China.
KELAYAKAN PIALA ASIA B-20 2027: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) MALAYSIA VS AUSTRALIA
Saksikan perlawanan penting ini secara langsung di TVS saluran 122 bermula jam 7.50 malam esok.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro Go dan Sooka .