Harimau Malaya bawah 19 tahun (B-19) akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia B-20 2027 bertemu Indonesia bagi perlawanan pertama Kumpulan H yang akan berlangsung di Stadium Nasional Lao KM16, Vientiane, Laos pada petang ini.
Malaysia kemudiannya dijadualkan berdepan Australia pada 3 September, jam 5 petang, sebelum melengkapkan saingan kumpulan menentang tuan rumah, Laos, pada 6 September, jam 8 malam.
Juara kumpulan (lapan pasukan) bersama tujuh pasukan tempat kedua terbaik kumpulan dan tuan rumah, China akan layak ke Piala Asia B-20 2027 yang akan berlangsung pada Mac 2027.
Ketiga-tiga aksi berkenaan boleh disaksikan secara langsung menerusi TVS saluran 122 di Astro.