Penyerang Harimau Malaya, Safawi Rasid, enggan berasa ralat dengan prestasinya biarpun gagal meledak sebarang jaringan dalam pertemuan menentang Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.
Ia ketika tonggak Kuala Lumpur (KL) City tersebut menjadi taruhan mengetuai jentera serangan pasukan dalam aksi kelima Kumpulan F, kelayakan Piala Asia selepas kali terakhir diberi peluang itu ketika pertemuan menentang Cape Verde, Jun lalu.
Advertisement
"Saya sangat gembira dapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama dan menyumbangkan tiga mata.
"Pemain hanya fokus kepada tugasan di atas padang dan urusan luar biarlah (pihak yang sewajarnya) menanganinya.
"Sudah tentu aksi di Vietnam merupakan perlawanan yang sukar.
"Kalau boleh kami nak curi mata dari sana. Saya percaya rakan sepasukan semua untuk buat sesuatu demi negara.
"Kami perlu perlu fokus untuk hadapi Vietnam," katanya yang telah menyarung jersi kebangsaan sebanyak 70 kali itu.