Penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin, berpeluang untuk menamatkan penantian empat tahun untuk mewakili Harimau Malaya menjelang aksi terakhir kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di laman lawan malam esok.
Kali terakhir Luqman Hakim turun beraksi mewakili skuad kebangsaan ialah ketika menentang Singapura dalam Kejohanan Jemputan FAS Tri-Nations Series pada 26 Mac 2022, dan selepas itu, dia tidak pernah diturunkan meskipun beberapa kali dipanggil menyertai kem kebangsaan.
Advertisement
Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu memilih untuk kembali ke tanah air pertengahan tahun lalu dan bersama Negeri Sembilan, dia telah mengumpulkan 1,659 minit permainan daripada 22 penampilan selain menghasilkan enam gol dan satu bantuan jaringan sepanjang tempoh berkenaan.
Ia merupakan minit permainan terpanjangnya sepanjang karier dan jauh lebih baik jika dibandingkan dengan tempohnya sepanjang berada di luar negara untuk mendapat perhatian pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski.
Mampukah Luqie menamatkan penantian panjang itu? Ayuh sama-sama kita nantikannya malam esok.