Skuad Bawah 20 tahun (B-20) negara bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Australia 2-2 dalam aksi Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-20 2027, sebentar tadi.
Australia membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Marcus Neill untuk memberikan kelebihan 1-0 kepada Socceroos.
Perlawanan bagaimanapun terpaksa dihentikan pada minit ke-31 akibat hujan lebat dan kilat.
Aksi hanya dapat disambung semula selepas tertangguh kira-kira dua jam, dengan kedua-dua pasukan meneruskan perjuangan dalam keadaan mencabar.
Malaysia tampil lebih bertenaga selepas rehat apabila Fadhlul Hadi Zulkarnain menyamakan kedudukan pada minit ke-50.
Momentum skuad negara semakin menyerlah apabila Izzuddin Afif Nazarudin meledak gol kedua pada minit ke-70 untuk membolehkan Malaysia mendahului 2-1.
Namun, Australia enggan mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Alaat Abdul-Rahman pada minit ke-82.
Keputusan 2-2 kekal sehingga wisel penamat, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dalam saingan Kumpulan H.