Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-17: Razman Roslan yakin 'squad depth' mampu bantu Malaysia

Kelayakan Piala Asia B-17: Razman Roslan yakin 'squad depth' mampu bantu Malaysia
Advertisement

Bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan, melihat peluang skuad bawah 16 tahun negara untuk melayakkan diri ke Piala Asia Bawah 17 Tahun 2027 sebagai cerah, berbekalkan kedalaman skuad yang disifatkannya ampuh di setiap posisi.

Menurut Razman, saingan di peringkat pembangunan seperti ini memberikan peluang yang lebih seimbang kepada semua pasukan dan tidak semestinya ditentukan oleh kedudukan ranking semata-mata.

Advertisement

Sebaliknya, kelebihan akan memihak kepada pasukan yang mampu mempamerkan corak permainan lebih tersusun serta bijak memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol.

Beliau percaya kemampuan skuad negara memiliki pilihan pemain yang mencukupi di setiap posisi menjadi antara aset penting dalam mengharungi kempen kelayakan.

Advertisement

Namun, peluang itu perlu diterjemahkan menerusi persembahan konsisten di atas padang, terutama dalam memanfaatkan setiap peluang yang terhidang.

Malaysia kini perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persiapan dan pelaksanaan taktikal bagi memastikan sasaran ke Piala Asia B17 dapat direalisasikan.


 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video