Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan Red Warrior sedia kembalikan Fenomena Gelombang Merah dalam Liga Super

KRW

Kelantan Red Warrior (KRW) bersedia mengembalikan Fenomena Gelombang Merah dalam kancah bola sepak tanah air apabila hanya menunggu lampu hijau daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk beraksi dalam Liga Super musim depan.

Presiden KRW, Datuk Muhammad Zaki Harun, berharap segala urusan berkaitan penyertaan kelab itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat, sekali gus membuka laluan kepada pasukan dari Pantai Timur itu bersaing di pentas tertinggi berkenaan.

KRW menamatkan kempen Liga A1 Semi-Pro musim lalu di tempat keempat, pencapaian yang dianggap sebagai asas kukuh untuk kelab itu melangkah lebih jauh.

Bagaimanapun, usaha itu sedikit terganggu susulan wujud dakwaan persamaan identiti dengan Kelantan FC, yang boleh menyebabkan mereka dikenakan larangan pendaftaran pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Muhammad Zaki berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Bagi pihak KRW, kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan MFL kerana telah melihatkan keupayaan kami untuk dinaikkan pangkat (ke Liga Super).

"Apapun, kami masih menunggu pengumuman daripada pihak berkenaan dan kami di KRW memang melakukan persediaan ke arah itu. Sudah pasti terdapat pelbagai masalah yang ada tetapi kami cuba atasi.

"Saya sudah berjumpa dengan Setiausaha Agung FAM untuk membincangkan beberapa perkara dan segalanya nampak positif.

"Kepada peminat KRW, khasnya di Kelantan, berilah peluang kepada kami, kami akan memberikan yang terbaik."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video