Skip to main content

Bola Sepak

Kelab Liga Super lancar jelajah konvoi Semenanjung Malaysia

Star

Dalam usaha mempromosi dan memperluaskan jaringan sokongan kepada kelab, pihak pengurusan Star City bakal menganjurkan program Jelajah Star City FC-The Pride of the North 2026, sebuah program jelajah melibatkan konvoi motosikal berkuasa tinggi yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Syed Mahadi Syed Hassan.

Program yang dijadual berlangsung selama lapan hari dari 9 Ogos dan bermula di Putrajaya dengan majlis flag off disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebelum perjalanan diteruskan merentasi beberapa buah negeri sekitar Semenanjung Malaysia.

Jelas CEO Star City, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan, jelajah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dalam usaha memperkenalkan imej baharu kelab di samping membina hubungan erat dengan penyokong dan masyarakat di seluruh negara.

Tambahnya, bola sepak bukan sekadar pertandingan 90 minit di atas padang, tetapi ia lebih kepada semangat kesukanan yang mampu bina perpaduan, eratkan silaturahim di antara semua pihak yang terlibat.

Untuk rekod, pada tanggal 31 Julai lalu, kelab yang berpengkalan di Alor Setar, Kedah itu secara rasmi telah mengumumkan skuad musim 2026/27 dengan sasaran kelompok tiga pasukan terbaik Liga Super.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video