Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) bakal menganjurkan edisi ketiga “Jom Jalan With NPC" di Bukit Kiara pada 13 Disember depan.
Program ini merupakan acara jalan kaki yang terbahagi kepada beberapa kategori, bermula dengan 7 kilometer lelaki dan wanita had umur terbuka serta veteran, dan 5 kilometer jalan santai terbuka kepada segenap lapisan umur.
Inisiatif NPC ini juga bagi mengutip Dana Tabung Kebajikan Wartawan (NPC) bagi membantu dan meringankan beban pengamal media yang memerlukan.
"Setakat ini cadangannya (program ini) adalah pada 15 Jun Disember di Bukit Kiar
"Kami mengharapkan dalam 1000 penyertaan daripada peringkat umur, dengan fokus kepada peringkat umur lingkungan 18 tahun dan warga tua.
"Tujuan kami untuk mengembalikan semangat untuk berjalan.
"Ia mudah, tidak menyakitkan lutut dan dibuat secara percuma," kata Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan, Datuk Ahirudin Attan.
NPC merupakan kelab akhbar tertua negara, ditubuhkan pada 6 Jun 1948 sebagai Press Club of Malaya yang berperanan menyokong kebajikan pengamal media.
Jom Jalan with NPC bukan sekadar acara berjalan kaki, ia adalah satu gerakan.