Tujuh mata, +9 jaringan dan 6-0 -- Harimau Malaya ada asas untuk diteruskan
Piala ASEAN FIFA 2026 mungkin berakhir tanpa tiket ke final, tetapi pencapaian Harimau Malaya tetap memberikan beberapa petanda positif.
Malaysia mengumpul tujuh mata, mencatat perbezaan jaringan +9 dan menutup kempen dengan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Singapura.
Lebih menarik, Malaysia turut mampu menahan Indonesia 0-0 di Jakarta.
Kegagalan ke final berpunca daripada jumlah jaringan yang lebih rendah berbanding Sang Garuda, bukannya kerana Malaysia gagal mengumpul mata.
Justeru, Tan Cheng Hoe wajar dikekalkan.
Bekas pengendali Selangor itu sudah mempunyai asas untuk diteruskan. Yang diperlukan sekarang ialah kesinambungan, konsistensi dan masa untuk memperkemaskan pasukan.
Tidak perlu kembali ke titik kosong setiap kali berlaku perubahan.
Kekalkan Tan Cheng Hoe. Bina momentum, perkukuhkan Harimau Malaya.