Skip to main content

Tenis

Kejutan! Pemain nombor satu dunia umum tinggalkan musim 2026 lebih awal

Sinner
Advertisement

Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, tidak akan beraksi lagi pada baki tahun ini selepas memilih untuk meneruskan proses pemulihan kecederaan lutut yang menyebabkannya tidak dapat bermain sejak menimba kejayaan di Wimbledon pada Julai lalu.

Sinner tidak beraksi sejak menewaskan Alexander Zverev untuk memenangi gelaran perseorangan lelaki Wimbledon buat kali kedua berturut-turut.

Advertisement

Bintang berusia 25 tahun itu juga akan terlepas siri kejohanan akhir musim Final Jelajah ATP di Turin, Itali di mana dia telah memenangi gelaran tersebut dalam tempoh dua tahun yang lalu.

"Saya dan pihak doktor telah memutuskan bahawa saya memerlukan rawatan untuk lutut saya, yang bermaksud musim 2026 secara rasminya telah berakhir," kata Sinner dalam satu video yang dimuat naik di platform X.

Advertisement

"Dua tahun kebelakangan ini, terutamanya penutup musim di Turin, memberikan saya begitu banyak perasaan dan emosi yang indah, namun tahun ini situasinya akan jauh berbeza.

"Jadi, saya akan melakukan segala yang mungkin untuk kembali pulih sepenuhnya."

Sinner yang berasal dari Itali itu merekodkan 44 kemenangan serta merangkul enam gelaran musim ini.

Ketiadaan Sinner mungkin membuka peluang kepada Zverev untuk menamatkan tahun ini di kedudukan teratas ranking dunia. Pemain nombor dua dunia dari Jerman itu telah merapatkan jurang mata dengan Sinner selepas memenangi gelaran Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video