Juara Afrika tewaskan wakil Asia untuk mara dalam Piala Antara Benua
Juara Afrika, Mamelodi Sundowns, menewaskan Al-Ahli dengan keputusan 2-1 dalam saingan Piala Antara Benua FIFA hasil dua jaringan pemain import dari Portugal, Nuno Santos, malam tadi.
Sundowns mara ke peringkat seterusnya untuk berdepan sama ada Toluca dari Mexico atau juara Copa Libertadores pada penghujung tahun ini dalam kejohanan tahunan yang melibatkan juara daripada enam konfederasi tersebut.
Santos meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-17 di Stadium Loftus Versfeld, namun kelebihan itu hanya bertahan selama dua minit apabila gergasi Arab Saudi itu menyudahkan peluang terhidang menerusi jaringan sendiri tuan rumah yang masuk ke dalam gawang sendiri.
Santos kemudiannyaa memastikan kemenangan buat pasukan Sundowns tatkala perlawanan berbaki sembilan minit. Mereka menjuarai pertembungan antara benua itu sebelum layak ke final Piala Cabaran untuk perebutan slot seterusnya.
โฝ๏ธ ๐ฝ๐๐ฝ๐ธ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ โ๐ฆ๐ก ๐
The Brazilians conquer the Clash of the Continents to secure a place in the Challenger Cup final!
๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐จ๐๐ข ๐๐ฎ๐ง๐๐จ๐ฐ๐ง๐ฌ 2โฃโ1โฃ ๐๐ฅ-๐๐ก๐ฅ๐ข
๐จ LIVE
๐ SABC+#SABCSportFootball #FIFAIntercontinentalCup pic.twitter.com/f8S0cbSwkHโ SABC Sport (@SABC_Sport) September 19, 2026
Ia, sekali gus menyaksikan juara Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim lalu itu tersingkir dalam kejohanan tersebut.
Untuk rekod, Al-Ahli pernah bertemu wakil Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam saingan ACLE musim lalu yang menyaksikan mereka menewaskan Harimau Selatan 2-1 dalam peringkat suku akhir.
Al-Ahli yang mempertaruhkan pemain antarabangsa England, Ivan Toney, untuk mengetuai serangan, memperoleh beberapa peluang baik pada separuh masa pertama namun gagal memanfaatkannya.
Juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG), layak secara automatik ke perlawanan akhir Piala Antara Benua yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember. Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) masih belum mengumumkan tarikh atau venue bagi tiga perlawanan terakhir kejohanan itu, yang sebelum ini diadakan di Qatar pada tahun lalu.