Skip to main content

Boling Padang

Kejuaraan Terbuka Australia: Skuad boling padang negara sedia bawa cabaran ke Glasgow

Kejuaraan Terbuka Australia: Skuad boling padang negara sedia bawa cabaran ke Glasgow

Menjelang Kejuaraan Terbuka Australia yang akan berlangsung dari 5 hingga 19 Jun depan, Ketua Jurulatih Boling Padang Negara, Fairul Izwan Abd Muin, mahu melihat barisan pemainnya turun beraksi dengan sepenuh hati, sekali gus membuktikan mereka layak dipilih membawa cabaran ke Sukan Komanwel Glasgow Julai ini.

Pasca Kejohanan Singles dan Pairs Kebangsaan di Ipoh, Perak baru-baru ini, Fairul menegaskan setiap pemain kini sedar kepentingan memastikan fokus kekal dalam setiap balingan serta cuba mengelakkan kesilapan mudah.

Sementara itu, salah seorang wakil negara bagi acara Singles, Pairs dan Fours, Amirul Danial Abdul Rahim, menyasarkan sekurang-kurangnya mara ke suku akhir khusus dalam kategori Singles.

Amirul tidak terlalu memikirkan saingan sengit daripada pasukan lawan, sebaliknya fokus membalas kepercayaan jurulatih dengan memberikan keputusan terbaik dalam tiga acara yang disertainya.

Amirul juga menekankan bahawa peluang berlatih dua hari awal sebelum kejohanan bermula akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyesuaikan diri dengan green di 15 venue pertandingan.

"Saingan agak sengit, namun fokus saya adalah dari satu perlawanan ke satu perlawanan," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video