Skip to main content

Ragbi

Kejuaraan Ragbi 25 Tahun UMT tutup tirai bagi semester 2025/26

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ss

Melabuhkan tirai semester pengajian sesi 2025/2026 sekaligus melengkapkan sambutan 25 tahun penubuhan, Universiti Malaysia Terengganu(UMT) mencipta kelainan yang tersendiri untuk mempertaruhkan kejuaraan ragbi sebelum semester baru seterusnya bermula.

Menambah menarik bagi edisi pertama penganjuran ini, Pusat Sukan & Rekreasi UMT selaku pemegang taruh utama memberi kepercayaan kepada pelajar-pelajarnya melalui Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) untuk menguruskan sepenuhnya kejohanan ini termasuk melibatkan teknikal pertandingan.

Advertisement

"Satu pengalaman baru buat kami selaku penganjur di mana selama ini kami hanya hadir selaku pasukan bertanding. Walaupun hanya melibatkan 8 pasukan jemputan sebagai permulaan namun dengan penyertaan pasukan dari Pahang dan Kelantan memberi penanda aras untuk kami selaku penganjur.

"Hasil maklum balas positif yang diterima, kami tidak menolak untuk penganjuran yang lebih besar lagi pada pertengahan tahun ini,” jelas Nurul Syazwani Norazman selaku pengarah pertandingan kejuaraan ragbi 10 sepasukan semperna sambutan 25 tahun UMT .

 

 

Manakala bagi pengurus pasukan Kolej Poly-Tech MARA Kuantan(KPTM Bullets RC) Mohd Ad Deen Al Haj Zulkefly mengharapkan  penganjuran ini bakal menjadi acara tahunan berikutan ketandusan pertandingan ragbi di negeri-negeri pantai timur ini.

“Kami sanggup untuk menempuhi perjalanan dari Kuantan hadir ke negeri Terengganu ini oleh kerana ketandusan penganjuran di negeri-negeri pantai timur ini di mana selama ini kami terpaksa mencari minit-minit permainan di pantai barat atau selatan tanah air.

“Walaupun dianjurkan oleh pelajar-pelajar UMT sepenuhnya yang tidak pernah terlibat dalam teknikal penganjuran, kita boleh lihat hari ini mereka berjaya melakukan tanpa sebarang masalah. Kredit seharusnya diberikan kepada usaha mereka ini dan kami mengharapkan ianya akan menjadi acara tahunan. Kami juga mengharapkan kategori IPT dan wanita diperkenalkan memandangkan sebahagian besar pasukan melibatkan IPT dan mempunyai pasukan ragbi wanita,” ujar  Mohd Ad Deen Al Haj Zulkefly yang juga merupakan

Pada kejohanan yang telah berlangsung selama sehari melibatkan 20 perlawanan di padang Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT menyaksikan pasukan Tuetowear RC muncul selaku juara edisi sulung ini setelah menewaskan IPG KB dari Kelantan yang berkesudahan 30-00. Manakala pasukan tuan rumah, Stingrays RC menamatkan kejuaraan ini selaku naib juara Plate setelah dinafikan 5 berbalas 21 oleh Dungun Rugby.

 

Must Watch Video