Setiap atlet mempunyai cara tersendiri untuk melepaskan tekanan bagi memastikan mereka kekal tenang dan mampu menampilkan prestasi konsisten dalam setiap perlawanan.
Bagi pemain badminton pekak lelaki negara, Foo Li Shen, bermain permainan mudah alih -Mobile Legends Bang Bang- dan menonton rancangan komedi menjadi caranya melepaskan tekanan selain mengisi masa lapang.
Mengulas mengenai penampilan sulungnya selaku wakil negara di Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik 2026, dia hanya mahu memberikan aksi terbaik tanpa meletakkan sasaran terlalu tinggi.
Jika berjaya membawa pulang pingat, tidak kira apa jua warna, itu dianggap sebagai bonus.
"
Dalam kempen kali ini menyaksikan juara kebangsaan acara perseorangan lelaki itu menggalas tanggungjawab lebih besar selepas mengambil alih peranan pemain utama daripada Edmund Teo Seng Keong yang terpaksa direhatkan akibat kecederaan.