Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik: Ho Choon Seong kekal momentum buru emas

Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik: Ho Choon Seong mahu kekalkan momentum buru emas
Advertisement

Juara Deaflympics 2025, Ho Choon Seong, nekad mahu mengekalkan momentum cemerlangnya menjelang Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik yang bermula 3 Oktober ini.

Atlet tenpin boling pekak negara, Choon Seong menganggap peluang menjalani latihan bersama bekas ketua jurulatih negara, Holloway Cheah, sebagai satu kelebihan yang mampu dimanfaatkan dalam persiapannya menghadapi kejohanan berkenaan.

Advertisement

Berbekalkan pengalaman di pentas antarabangsa serta prestasi yang dimilikinya ketika ini, Choon Seong menegaskan dia bersedia sepenuhnya untuk memastikan pingat emas acara tenpin boling menjadi milik Malaysia.

Sementara itu, pemegang pingat emas acara perseorangan di Sukan SEA Pekak 2025, Mohd Firdaus Mohamad, melihat kejayaan di pentas Asia Tenggara sebagai persediaan terbaik untuk meneruskan kecemerlangan di rantau Asia Pasifik.

Advertisement

Pengalaman beraksi dan meraih kejayaan di Sukan SEA Pekak menjadi bekalan penting buat Firdaus dalam menghadapi saingan lebih mencabar pada kejohanan kali ini.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement