Skip to main content

Berita Sukan Am

Kejohanan Sorak Asia ACC rekod penyertaan terbesar

ll
Advertisement

Walaupun Malaysia buat julung kalinya terpilih menjadi tuan rumah, itu tidak menghalang daripada Kejohanan Sorak Asia ACC yang berlangsung di Putrajaya cipta sejarah, dengan merekod penyertaan terbesar buat kejohanan berprestij itu.

Ujar Naib Presiden Persatuan Sorak Malaysia, Jaymee Tan Yee Ming, terdapat 17 negara yang menghantar penyertaan dengan melibatkan kira-kira 4,500 orang peserta secara keseluruhan.

Jumlah penyertaan tertinggi ini mencerminkan perkembangan positif terhadap sukan sorak lebih-lebih lagi di Malaysia, selain memberi peluang kepada para atlet bersaing di peringkat antarabangsa.

Kejohanan kali ini menyaksikan Malaysia mempertaruhkan 10 pasukan dalam lapan kategori, dengan sasaran untuk sekurang-kurang menjuarai tiga daripadanya.

"Tahun hadapan, kita bakal menyertai Kejohanan Sorak Dunia di Orlando, Amerika Syarikat pada April, setelah kali terakhir Malaysia menghantar wakil pada tahun 2024." tambah Jaymee.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video