Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Ping Pong Orang Pekak Malaysia: Penyertaan edisi pertama memberangsangkan

msdeaf

48 jam sebelum edisi pertama Kejohanan Ping Pong Orang Pekak Malaysia membuka tirai di Arena Skuasy Perak, Ipoh, Setiausaha Agung Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Kamarzaman Harun, menganggap jumlah penyertaan untuk penganjuran kali pertama berkenaan sangat memberangsangkan.

Dengan membawa misi utama memberikan ruang dan platform kepada atlet pekak untuk bermain sukan secara kompetitif, Kamarzaman juga menganggap kejohanan itu sebagai pentas mencari bintang negara dalam sukan ping pong pekak, yang mampu membanggakan negara di peringkat Deaflympics suatu hari nanti.

"Kejohanan edisi pertama di peringkat Malaysia ini, kami memang amat gembira kerana dapat menganjurkan kejohanan sukan baru buat (komuniti) orang pekak di Malaysia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Sekarang ini, penyertaan peserta dianggarkan dari sembilan negeri dan jumlahnya sekitar 40 peserta.

"Ia bagi menggalakkan komuniti pekak di Malaysia bersukan dan kami mengharapkan penyertaan mereka dalam penganjuran kejohanan sukan baru seperti ini."

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video