Penggunaan alat pelepasan buat atlet pekak melewati perubahan yang lebih baik merujuk kepada keperluan atlet ini khusus dalam sukan olahraga.
Bagi penganjuran Kejohanan Sukan Olahraga Pekak Malaysia, penggunaan visual signal device (VSD) adalah sistem yang diguna pakai, lebih sesuai untuk atlet pekak berbanding penggunaan pistol yang di lihat tidak releven buat atlet istimewa itu.
"Ini adalah alat yang kami panggil VSD yang digunakan untuk sukan orang pekak di Malaysia dan Asia.
"Jadi, asal usul pada mulanya kebiasaanya dalam acara larian guna pistol tetapi kami lakukan inovasi sedikit dan hasilkan alat visual dan gantikan alat bunyi.
"Apabila 'ke garisan' satu lampu akan menyala, 'sedia' satu lagi lampu menyala dan lampu hijau kami telah selarikan dengan sistem, jadi apabila ditekan pistol pelepasan ia akan menyalakan lampu ini dan buat satu stadium selari.
"Kadang dalam pertandingan terbuka seperti ini ada atlet biasa." jelas Pensyarah Inovasi sukan dan teknologi UTM, Dr Jaysuman Pusppanathan.
Peralatan ini sudah digunakan sejak 2018 dan sehingga ke saat ini ia sudah melalui proses inovasi sebanyak empat kali.
Usaha itu merupakan kerjasama diantara Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Persatuan Sukan Pekak Malaysia (MSDEAF) dan Innotex System Corporation Sdn Bhd.