Skip to main content

Olahraga

Kejohanan Olahraga Orang Pekak Malaysia: Lompatan terakhir butirkan emas ketiga buat Danish Amzar

d

"Rezeki emas ketiga hadir di lompatan terakhir"

Selepas menggondol dua pingat emas dalam saingan hari pertama Kejohanan Sukan Olahraga Pekak, atlet pekak Negeri Sembilan, Muhammad Danish Amzar Mohd adil, merealisasikan emas ketiga peribadinya menerusi acara lompat jauh dengan mencatat 5.93m (meter).

Namun, Danish terpaksa menempuh halangan sukar di hari kedua kejohanan apabila pencarian lompatan terbaik di uji dengan dua kali terbatal, sehingga meletakkannya dalam situasi hampir pasrah dengan keadaan.

Ketika dua atlit Perlis, Hazraf Shah Hamri dan Aidil Iqqram Safry, dijangkakan bakal mengisi kedudukan dua podium terbaik, Danish menukar jalan cerita perjuangannya di saat akhir

Menerusi lompatan terakhirnya, dia mengesahkan emas ketiga peribadinya.

 

 

 

"Mula-mula saya berasa sukar, tetapi saya berusaha dengan bantuan guna hingga saya berlatih hingga dapat emas.

"Saya mengubah cara lompatan dan baru dapat potong, saya tidak focus pada penanda merah." katanya.

Dalam pada itu, bagi acara lempar cakera, atlet Sabah, Nur Fitri Natasha Kimin, memilih untuk berehat panjang selepas membuat balingan sejauh 24.86 meter menerusi balingan keduanya sekali gus mengesahkan kedudukan emas pertamanya di kejohanan itu.

Pilihannya untuk menjalani latihan dan persediaan di Kota Kinabalu berjaya membuahkan hasil walaupun terpaksa menempuh perjalanan sejauh 3 jam dari Ranau, Sabah.

Rakan sepasukan mengisi kedudukan kedua manakala podium terakhir milik Selangor.

"Masa baling kedua saya terus dapat Jarak jauh dan rasa boleh podium, saya terus gembira dan tenang selepas balingan kedua itu." tambah Fitri Natasha.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video