Skip to main content

Olahraga

Kejohanan Olahraga Orang Pekak Malaysia: Danish Amzar, Sheshasiny ada potensi diserap ke skuad kebangsaan

aa

Dua atlet pekak yang menjadi sebutan di Kejohanan Olahraga Kebangsaan, Muhammad Danish Amzar Mohd Fadil dan S. Sheshasiny.

Menurut pemantau atlet pekak berpotensi, yang juga bekas jurulatih pecut kebangsaan, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah, kedua-dua atlet ini ada dalam rencana untuk diserap ke dalam skuad kebangsaan selain daripada beberapa nama yang lain.

Ini bagi persediaan menjelang Kejohanan Olahraga Pekak Asia Pasifik yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada Oktober depan.

"Beberapa nama erlintas di hati saya selepas melihat kejohanan itu contohnya Danish Amzar dari Negeri Sembilan, kemudian S.Sheshasiny dari Johor dan Johan dari Sabah, Aidil Ikram dan Azfar Shah dari Perlis," katanya

Bagaimanapun, ada jurang yang cukup besar buat atlet wanita jika dibandingkan dengan pasukan luar negara yang menuntut usaha luar biasa daripada atlet pekak negara.

"Memang ketandusan, jika dilihat standard Asia Pasifik atlet Wanita masih ketinggalan, banyak perlu diperbaiki terutama aspek pemikiran ketika latihan, bukan untuk kejohanan ini sahaja,"tambahnya.


Dalam pada itu, Naib Presiden MSdeaf, Choo Mei Lin, melihat penganjuran kali ini sebagai platform yang cukup baik untuk mengenal pasti atlet muda dan pelapis bagi skuad kebangsaan.

"Kejohanan edisi keenam ini sudah berjaya, atlet bersemangat. Kami positif dan beri peluang buat mereka ke SUKMA dan kejohanan antarabangsa." ujarnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video