Skip to main content

Futsal

Kejohanan Futsal Orang Pekak: Wilayah Persekutuan mahu tamatkan dominasi Kelantan

j

Meskipun mengakui skuad Wilayah Persekutuan ketika ini baru sahaja dikumpulkan, namun mereka dibarisi bukan calang-calang pemain, dengan terdapat beberapa yang pernah mewakili Malaysia ke Sukan Orang Pekak Asia Pasifik.

Bagi penjaga gol Wilayah Persekutuan, Mohammad Nasharuddin Razali, ini merupakan peluang terbaik untuk merampas takhta Kelantan sebagai juara, sekali gus menghalang mereka menjuarai kejohanan ini buat kali keempat berturut-turut.

"Untuk Wilayah Persekutuan, kami tahu latar belakang kami bekerja, ada komitmen keluarga dan lain-lain. Tetapi kami berkorban tinggalkan keluarga, kewangan untuk Latihan demi Wilayah Persekutuan.

"Memang kami harapkan kemenangan dalam edisi kali ini, kerana sudah lama kami berlatih dan berbangga. Apa juga keputusan, kami harap Wilayah Persekutuan jadi juara," katanya.


Ketua jurulatih futsal orang pekak Wilayah Persekutuan, Amaran Sathivalu, berkongsikan, jika mengambil kira perjalanan anak buahnya untuk sampai ke Kota Bharu, mereka layak untuk mendapatkan gelaran juara.

Berkorban masa, tenaga dan kewangan sendiri juga menjadi motivasi utama mereka untuk cubamerealisasikannya.

"Memang sebelum ini kami sudah lama berlatih, untuk kejohanan hari ini kami buktikan walaupun ada negeri tidak hadir, kami hadapi lawan dengan tenang untuk mara ke separuh akhir.

"Mungkin ada kesilapan percaturan sebelum ini,  tetapi untuk aksi lawan Kelantan kami akan lakukan yang terbaik." tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement