Skip to main content

Futsal

Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Kali Ke-6: Kelantan peruntuk RM50,000, kemudahan gelanggang futsal

sfs

EXCO Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YB Tuan Zamakhshari Muhammad, berkongsikan kerajaan negeri Kelantan telah memperuntukkan peruntukan berjumlah RM50,000 bagi menjayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Kali Ke-6.

Malah, kemudahan gelanggang futsal juga turut disumbangkan selepas Zamakhshari menerima kunjungan  daripada Kelantan Deaf Sports Association (Kelsdeaf).

"Menerima kunjungan daripada Kelantan Deaf Sports Association (Kelsdeaf) bagi mendengar dan membincangkan hal-hal berkaitan pembangunan sukan warga pekak Kelantan.

"Ramai yang mungkin belum tahu, cabaran yang dipikul oleh atlet pekak sebenarnya agak mencabar.
Kategori untuk mereka tidak dipertandingkan dalam SUKMA, mahupun dalam Para SUKMA. Laluan mereka berbeza iaitu menerusi Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA).

"Apabila tidak berada dalam kancah temasya arus perdana, sokongan dari segi pembiayaan menjadi terhad. Padahal, semangat dan potensi bakat yang ada pada mereka tidak kurang hebatnya.
Insya-Allah, setakat kemampuan yang ada, kita akan bantu permudahkan jalan buat sahabat-sahabat Kelsdeaf.

"Sukan adalah hak milik semua, dan tiada siapa yang sepatutnya ditinggalkan di belakang." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video