Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, kandas dalam suku akhir acara keirin dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Shanghai, China sebentar tadi.
Selepas menduduki tempat kedua dalam saringan keempat pusingan pertama di belakang pelumba Jepun, Ota Kaya, Azizulhasni, yang turun selaku juara Sukan Komanwel dan Sukan Asia, menduduki tempat keenam daripada enam pelumba dalam saringan ketiga pusingan suku akhir, sekali gus tidak dapat meneruskan kemaraan ke separuh akhir.
Sebagai rekod, pelumba negara itu pernah menjadi juara dunia acara keirin dalam edisi di Hong Kong pada 2017