Kurang 24 jam menuju separuh akhir upper bracket membabitkan Selangor Red Giants (SRG) menentang Aurora Gaming bakal menjadi saksi legasi tonggak berpengaruh, Hazziq Danish Mohamad Rizwan yang lebih dikenali dengan julukan Stormie, dalam mengukuhkan lagi reputasinya di peringkat global.
Kehebatan Stormie sering kali menjadi pencetus kemenangan wakil negara menerusi persembahan terpuji di Land of Dawn.
Advertisement
Kebijaksanaan Stormie menggunakan hero tersendiri terserlah dalam Kejohanan Dunia M7 khususnya ketika menentang Team Spirit tempoh hari dengan variasi serangan udara -- di samping rekod terpuji tanpa sebarang kematian dan jumlah kill serta assist yang tinggi.
Sensasi Stormie saling melengkapi kualiti yang dimiliki Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), John Vincent Banal (Innocent) dan Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm), sekali gus menjadikan gandingan utama SRG ini dicanang untuk mengakhiri kemarau kejuaraan siri M di Jakarta kali ini.
upsot michael angelo bocado, ketua jurulatih srg esports
"Dia adalah pemain yang sangat berbakat dan bijak.
"Pada masa-masa tertentu, orang akan mengetahui betapa istimewanya dia.
"Pendapat saya, dia antara mid-laner terbaik dunia," kata jurulatih, Michael Angelo Bocado atau dikenali selaku Arcadia.