Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Tembok China roboh lagi! Srikandi Korea Selatan cipta sejarah, akhiri kemarau 31 tahun

Kejohanan Dunia BWF: Tembok China roboh lagi! Srikandi Korea Selatan cipta sejarah, akhiri kemarau 31 tahun

Beregu wanita Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee, mencipta sejarah apabila muncul juara dunia selepas menewaskan gandingan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, dalam aksi final Kejohanan Badminton Dunia 2026.

Baek Ha Na-Lee So Hee tampil dominan di pentas final apabila menundukkan beregu nombor satu China itu dengan kemenangan straight game 21-15, 21-15.

Lebih bermakna, kejayaan tersebut menamatkan penantian 31 tahun Korea Selatan untuk melihat beregu wanita mereka kembali bergelar juara dunia.

Ha Na dan Lee So Hee kini mengikut jejak legenda Korea Selatan, Gil Young Ah-Jang Hye Ock, yang kali terakhir menghadiahkan gelaran dunia dalam acara beregu wanita kepada negara itu pada 1995.

Kemenangan di New Delhi itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Ha Na-So Hee dalam sejarah badminton Korea Selatan, selain membuktikan keupayaan mereka menundukkan gandingan China yang hadir sebagai antara pilihan utama kejohanan.

Bagi Liu Sheng Shu-Tan Ning pula, kekalahan itu menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas gagal mengekang permainan kemas gandingan Korea Selatan.

Ha Na-So Hee akhirnya menutup kejohanan dengan emas, sekali gus mengembalikan mahkota dunia beregu wanita ke Korea Selatan selepas lebih tiga dekad.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video