Gandingan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, akan turun sebagai wakil tunggu Malaysia dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026 di Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, India, petang ini.
Cabaran getir buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu apabila bertemu juara bertahan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, yang menumpaskan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, semalam.
Untuk rekod, Aaron dan Wooi Yik merangkul tempat ketiga pada edisi 2023.
SEPARUH AKHIR KEJOHANAN DUNIA BWF: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) AARON CHIA-SOH WOOI YIK
Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Saluran: Astro Badminton (815)
Masa: Jangkaan 4.20 petang
Venue: Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, India
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!