Gandingan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, akan turun sebagai wakil tunggal Malaysia dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026 di Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, India, hari ini.
Aaron-Wooi Yik sudahpun mengatasi gandingan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dan hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk meletakkan nama mereka kembali selaku juara dunia.
Aaron-Wooi Yik yang sebelum ini mencipta sejarah sebagai beregu lelaki Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ketika muncul juara di Tokyo pada 2022, dan sekali lagi bakal membuktikan kredibiliti mereka di persada dunia.
AKHIR KEJOHANAN DUNIA BWF: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) AARON CHIA-SOH WOOI YIK
Tarikh: 23 Ogos 2026 (Ahad)
Saluran: Astro Badminton (815)
Masa: Bermula jam 3.00 petang
Venue: Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, India
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!