Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Pearly-Thinaah mudah ke pusingan 16

pearly thinaah

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan 16 Kejohanan Badminton Dunia BWF apabila menewaskan gandingan Turkiye, Bengisu Ercetin-Nazlina Inci, di New Delhi, India sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kelima, gandingan negara itu menerima tentangan sengit pada awal permainan tetapi selepas kedudukan terikat 14-14, mereka meraih enam mata berturut-turut sebelum menang 21-16.

Bagaimanapun, permainan sebenar mula dipamerkan Pearly dan Thnaah dalam set kedua, di mana mereka meraih tujuh mata pertama berturut-turut sebelum menang 21-13 selepas secara keseluruhan bertarung selama 34 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke suku akhir esok ialah pemenang di antara beregu Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Mailysa Trias Puspitasari, dan satu lagi gandingan Turkiye, Yasemen Bektas-Sinem Yildiz.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video