Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Pearly-Thinaah kandas di tangan beregu Indonesia

pearly thinaah

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, kandas dalam pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia BWF apabila tewas kepada gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari di New Delhi, India sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan kelima, Pearly dan Thinaah mempamerkan aksi menjanjikan sepanjang set pertama tetapi benar-benar diuji lawan di ranking ke-13 dunia itu, di mana mereka memperoleh dua mata terakhir selepas kedudukan terikat 20-20 dalam set pertama.

Pearly dan Thinaah kelihatan agak santai pada pertengahan set kedua sehingga satu ketika ketinggalan 11-17 dan biarpun dapat mengejar di kedudukan 17-18, mereka akur terpaksa bermain dalam set penentuan gara-gara tewas 18-21.

Arus perlawanan kemudian berubah memihak Febriana-Meilysa, yang menguasai sepenuhnya aksi dalam set ketiga untuk mencatatkan kemenangan 21-12 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan 14 minit.

Tersingkirnya Pearly dan Thinaah bermakna tiada lagi beregu wanita negara bersaing dalam kejohanan itu selepas gandingan Ong Xin Yee-Carmen Ting terkandas dalam pusingan kedua semalam.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video