Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Lagi drama! Ranking kedua dunia pula tersingkir

Kunlavut

Kejutan demi kejutan. Antara edisi yang paling banyak mencipta drama!

Pemain ranking kedua dunia, Kunlavut Vitidsarn, turut mengikuti langkah pilihan pertama, Shi Yu Qi, apabila tersingkir dalam suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026 selepas pertarungan melebihi satu jam semalam.

Lawannya yang memiliki perbezaan ranking lebih jauh melakar kebangkitan memukau.

Alex Lanier sah menjadi pemain badminton perseorangan lelaki pertama dari Perancis yang berjaya lolos ke separuh akhir selepas menoktahkan kemenangan sensasi 19-21, 21-16, 21-16.

Meskipun ketinggalan 3-11 dalam permainan kedua, namun naib juara Piala Thomas itu ternyata memberikan kesukaran buat wakil Thailand itu sebelum mengheret ke set penentuan.

Sebelum ini, juara bertahan dan beberapa pemain ternama seperti Christo Popov dan Anders Antonsen turut mengucapkan selamat tinggal lebih awal. Ini bermakna, tiada lagi atlet dari Denmark, China dan Indonesia dalam sektor tersebut.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video