Dua beregu lelaki negara bakal meneruskan cabaran dalam saingan suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026 di Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, India, hari ini.
Pilihan keempat kejohanan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang Kembali digandingkan akan turun berdepan lawan dari China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi. yang berada di ranking ke-26 dunia.
Sementara itu, beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, akan turun selepas itu berdepan beregu nombor satu dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dari Korea Selatan.
SUKU AKHIR KEJOHANAN DUNIA BWF: INFO SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) DUA WAKIL NEGARA
Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat)
Saluran: Astro Badminton (815)
Masa: Bermula 3 Petang
Venue: Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, India
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!