Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani, terpaksa akur tewas melawan kepada wakil dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, menerusi aksi straight set, 16-21, 16-21 dalam pusingan suku akhir, Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026, sebentar tadi.
Set pertama berlangsung sengit apabila kedua-dua beregu terikat 11-11, namun lawan dari Korea Selatan yang berada di ranking nombor satu dunia itu lebih agresif mengasak untuk menang set pertama 21-16.
It's them two pairs again. 🍿#BWFWorldChampionships #NewDelhi2026 pic.twitter.com/97G33zjm85
— BWF (@bwfmedia) August 21, 2026
DinFei yang turun selaku pilihan keenam kejohanan itu kembali memperkemaskan rentak permainan dalam awal set kedua, namun lawan yang lebih bersedia menafikan hasrat wakil negara itu untuk mengheret Kim-Seo mara ke set penentuan selepas tewas 16-21 di Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, India.