Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke final!

Kejohanan Dunia BWF: Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke final!

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus menghidupkan impian untuk menjulang gelaran dunia buat kali kedua selepas menyingkirkan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2026, sebentar tadi.

Pasangan nombor empat dunia itu menampilkan aksi penuh berdisiplin untuk menundukkan juara bertahan berkenaan 21-17, 21-18 dalam tempoh 43 minit di Stadium Tertutup Indira Gandhi.

Kemenangan itu cukup bermakna buat Aaron-Wooi Yik yang sebelum ini mencipta sejarah sebagai beregu lelaki Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ketika muncul juara di Tokyo pada 2022.

Ia juga kemenangan kedua pasangan negara itu dalam lima pertemuan dengan Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Kejayaan mara ke final kali ini turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik mengukuhkan tempat mereka dalam kelompok kecil beregu lelaki Malaysia yang pernah menjejakkan kaki ke pentas final Kejohanan Dunia.

Sebelum ini, hanya empat pasangan negara berjaya berbuat demikian iaitu Razif-Jalani Sidek (1987), Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Soon Kit-Yap Kim Hock (1997) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2010).

Aaron-Wooi Yik kini berpeluang menambah nama mereka dalam sejarah tersebut dengan misi lebih besar -- mengulangi kejayaan 2022 dan membawa pulang gelaran dunia kedua.

Untuk aksi final esok, mereka bakal berdepan sama ada pasangan nombor tiga dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, atau wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, yang masing-masing akan berentap dalam satu lagi separuh akhir.

Apa pun lawan yang menanti, Aaron-Wooi Yik kini hanya dipisahkan satu kemenangan lagi daripada mahkota dunia kedua. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video