Beregu lelaki negara, Yap Roy King, berkongsikan kemenangan yang diraihya dalam pusingan 64, Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026 mampu menjadi momentum terbaik buat dirinya bersama Arif Junaidi yang kembali digandingkan.
Mereka tidak berdepan masalah menewaskan lawan dari Vietnam, Nguyen Dinh Hoang-Tran Dinh Manh, menerusi aksi straight set, 21-9, 21-13, dalam tempoh 25 minit.
"Saya rasa kami beraksi dengan baik dalam perlawanan pertama ini, untuk dapatkan momentum itu. Angin juga kuat, jadi perlukan masa untuk menyesuaikan diri," kata Roy King.
#BWFWorldChampionships2026
MD | R64#MAS 🇲🇾 Arif Junaidi-Yap Roy King def. #VIE 🇻🇳 Dinh Hoang Nguyen-Dinh Manh Tran 21-9, 21-13
⏱️ 25 mins
Arif-King made a strong start in New Delhi, returning to action together after their Japan Open 2026 outing.#GemilangkanLagi… pic.twitter.com/IEKniOcLno— BAM (@BA_Malaysia) August 17, 2026
"Bila tukar gandingan itu bagus untuk kami punya individu, dapat tambah baik, fahami corak gandingan lain dan apabila kembali digandingkan dapat persefahaman itu." tambah Arif Junaidi.
Beregu pilihan ke-12 kejohanan dari Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin, menanti mereka dalam pusingan seterusnya di Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, India, nanti.