Peluang terbaik untuk mengetengahkan sukan orang pekak!
Itu apa yang diluahkan Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, Zamakhshari Muhammad, berikutan sebelum ini Kerajaan Kelantan meluluskan peruntukan berjumlah RM50,000 buat Persatuan Sukan Orang Pekak Kelantan (KELSDEAF).
Ia selaras dengan usaha kerajaan negeri itu untuk menaikkan taraf sukan orang pekan apabila ia juga bakal dibincangkan untuk masuk ke dalam bajet tahunan kerajaan negeri.
Zamakhshari juga berkongsi usaha negeri Kelantan untuk memartabatkan sukan dalam negeri mereka, lebih-lebih lagi selepas ini mereka akan menjadi tuan rumah Sukma.
"Kejohanan ini menerima sambutan hebat dan penyertaan daripada negeri juga baik.
"Usaha seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang.
"Kami kini fokus untuk (bertindak sebagai tuan rumah) Sukan Malaysia (Sukma 2028) dan selepas itu Kelantan mungkin sedia menjadi hab sukan," katanya.