Enam hari sebelum jendela pendaftaran pertama Liga Malaysia (Liga-M) ditutup, kehadiran pemain-pemain naturalisasi Vietnam yang beraksi di pentas Piala Hyundai ASEAN 2026 semestinya bakal merancakkan saingan Liga Malaysia terutamanya Liga Super.
Antara nama yang mencuri tumpuan adalah pemain kelahiran Brazil iaitu Hendrio Araujo (Do Hoang Hen) dan Rafaelson (Nguyen Xuan Son) yang memacu skuad Naga Emas mempertahankan gelaran juara.
Menerusi MakanBola, berkongsikan: "Pemain ketiga yang berpotensi menjadi tarikan kelab di Liga Malaysia ialah tonggak naturalisasi Vietnam, Hêndrio atau dikenali sebagai Do Hoang Hen.
Back-to-back #ASEANChampionship titles, back-to-back golden boots.@gabetan13 caught up with a beaming Rafaelson after 🇻🇳 Vietnam's latest triumph last night! #ASEANHyundaiCup #ASEANUtdFC pic.twitter.com/bjuVUligIh
— ESPN Asia (@ESPNAsia) August 27, 2026
"Pemain paling dinantikan untuk membuat kemunculan di Liga Malaysia ialah Rafaelson atau lebih dikenali sebagai Nguyen Xuan Son.
"Penyerang naturalisasi berusia 29 tahun itu merekodkan lima jaringan dan menerima penilaian tertinggi iaitu 7.4 mata pada kejohanan kali ini." kongsinya.
Kehadiran bintang bola sepak Vietnam itu semestinya bakal merancakkan saingan Liga Super selain memperkuatkan pasukan liga untuk bersaing.
Agak-agak pasukan mana sesuai untuk Rafaelson dan Hendrio beraksi jika khidmat dua pemain ini disambar kelab Liga Super?