Skip to main content

Bola Sepak

Kedatangan Karim Benzema paksa Darwin Núñez digugurkan dari skuad Al-Hilal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Kedatangan Karim Benzema paksa Darwin Núñez digugurkan dari skuad Al-Hilal

Penyerang Uruguay, Darwin Núñez, dilaporkan hilang tempat dalam skuad rasmi Al-Hilal bagi saingan Liga Pro Saudi selepas namanya tidak didaftarkan dalam senarai terkini pemain untuk baki musim ini.

Keputusan itu dibuat susulan kekangan kuota pemain asing liga domestik sementara kedatangan penyerang Al-Ettihad, Benzam sekali gus menyaksikan Núñez tidak lagi layak beraksi dalam perlawanan liga.

Advertisement

Al-Hilal terpaksa menyusun semula pendaftaran pemain import mereka, menyebabkan bekas bintang Liverpool itu menjadi antara nama yang terpaksa diketepikan.

Bagaimanapun, Núñez masih berpeluang beraksi dalam pertandingan lain seperti Liga Juara-Juara Asia sekiranya didaftarkan untuk kejohanan tersebut.

Situasi ini mencetuskan spekulasi mengenai masa depan beliau di Riyadh, dengan kemungkinan perpindahan pada jendela akan datang sekiranya statusnya tidak berubah.

Perkembangan itu turut dianggap tamparan buat pemain berusia 26 tahun itu yang sebelum ini digambarkan sebagai antara rekrut utama kelab.

Must Watch Video