Skip to main content

Sukan Lain

Kedai motor pelumba terkemuka Cub Prix terbakar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

CubPrix

Pelumba motosikal Malaysia yang bersaing dalam siri perlumbaan Cub Prix, Md Syafiq Nazrul Abdullah, berputih mata apabila bengkel motor milikinya mengalami kebakaran.

Menerusi tinjaun di Instagramnya, punca kepada isu tersebut disebabkan masalah 'wiring'. Semua peralatan kelihatan hangus dan tidak boleh digunakan lagi.

Advertisement

Perkembangan terbaru menyaksikan Nazrul sedang melakukan proses pembersihan dan segera bangkit meneruskan perniagaan pada masa akan datang.

Bertanding dalam kategori Pro-Am Cup, Nazrul pernah menaiki podium tatkala Pusingan 8 di Jempol.

Dia hampir diangkat selaku juara keseluruhan musim Pro-Am apabila mengumpul mata banyak sepanjang musim. 
 

Must Watch Video