Tular sebuah video membabitkan acara pencak silat yang semakin mendapat perhatian apabila berlaku insiden tidak diingini difahamkan terjadi di sebuah perkampungan di Indonesia.
Menerusi perkongsian hantaran itu, jika dapat dilihat salah seorang atlet kelihatan sengaja menendang pihak lawan dari belakang, sekali gus mengakibatkan kecederaan dan seakan meminta pertolongan.
Persoalannya di sini, siapakah yang harus dipersalahkan?
Mungkinkah keadilan dapat diketahui?
Komen membanjiri dengan gesaan siasatan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar.