Skip to main content

Bola Sepak

Kecoh! Sidang Parlimen panas pergolakan negara ranking ke-32 FIFA

KFA

Sidang Parlimen Korea Selatan kecoh apabila sesi perbicaraan mengenai prestasi bola sepak negara itu menjadi panas akibat soalan bertalu-talu ditanya kepada dua individu yang didesak harus bertanggungjawab.

Pasukan ke-32 dunia itu menerima kritikan hebat apabila hanya mencatatkan satu kemenangan dan dua kekalahan dalam saingan Kumpulan A, sekali gus gagal mara ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 baru-baru ini.

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Korea (KFA), Chung Mong-gyu, dan ketua jurulatih, Hong Myung-bo, telah meletakkan jawatan susulan kecaman peminat selepas tidak berjaya menerajui Taegeuk Warriors melepasi sasaran yang ditetapkan.

Pendengaran itu dibuat bagi mencari jawapan terhadap persoalan mengenai prestasi dan pengurusan yang tidak telus yang menjadi punca penyingkiran gergasi Asia itu dalam kejohanan berprestij tersebut.

Dewan Parlimen bertukar kecoh tatkala jawapan daripada kedua-dua individu tidak memuaskan, malah terus meningkatkan kemarahan orang ramai.
 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video