Skip to main content

Bola Sepak

Kecoh! Majoriti mula bersuara desak kerakyatan 7 pemain Harimau Malaya ditarik

UM07

Kumpulan penyokong tegar Harimau Malaya, Ultras Malaya, bersuara mengenai keputusan rayuan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berkenaan tujuh pemain Harimau Malaya dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

CAS dalam satu kenyataan mengesahkan tentang pemalsuan dokumen bintang-bintang terbabit benar-benar berlaku sehingga menjelaskan hukuman penggantungan 12 bulan adalah wajar.

Advertisement

Malah, majoriti peminat di sosial media mula mempersoal tentang ketelusan proses kewarganegaraan yang diberikan, sekali gus mendesak pihak berwajib supaya menarik semula kerakyatan mereka.  

Kempen tersebut terus hangat menjadi bualan sejak semalam.

Facundo Garces, Gabriel Arrocha, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel perlu meneruskan penggantungan 12 bulan. Berbanding denda oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini yang melarang daripada sebarang aktiviti bola sepak, kini mereka tetap boleh terlibat menjalani latihan dan bermain bersama kelab, namun tidak dibenarkan menyertai sebarang perlawanan rasmi seperti kempen liga, dan kejohanan domestik, perlawanan persahabatan di bawah kalendar FIFA serta pertandingan rasmi seperti kelayakan mahupun kejohanan asal.

Dalam masa sama, CAS mengekalkan denda sekitar RM1.8 juta yang perlu dibayar oleh FAM ekoran pemalsuan dokumen.

Must Watch Video