Jurulatih Ross County, Stuart Kettlewell, berkongsikan kecederaan yang dialami pemain warisan negara, Richard Chin, pada minggu lalu 'sedikit kebimbangan'.
Terdahulu, pemain berusia 23 tahun yang telah melakukan 12 penampilan dengan meledak tiga gol buat pasukannya itu terpaksa dibawa keluar padang pada minit ke-55 selepas mengalami kecederaan ketika aksi berdepan East Fife.
"Mengenai Richard Chin, ada sedikit kebimbangan. Dia dikeluarkan pada perlawanan Sabtu lalu dan mengadu (rasa kurang selesa) di bahagian peha.
"Kam berharap ia dapat kembali beraksi di atas padang pada akhir minggu ini." katanya.
Richard yang beraksi buat saingan divisyen kedua Liga Scotland itu pernah menyarung jersi skuad Harimau Malaya ketika berdepan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim pada September 2025.