Skip to main content

Bola Sepak

Keberanian Tuchel dibayar dengan enam gol

Keberanian Tuchel dibayar dengan enam gol

Pastinya ramai yang tertanya tanya mengapa dua tonggak utama England, Harry kane dan Jude Bellingham tidak berada dalam kesebelasan utama ketika aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia menentang Perancis.

Namun, keputusan berani Thomas Tuchel untuk melakukan 7 pertukaran daripada pasukan yang tewas kepada Argentina tempoh hari nyata membuahkan hasil apabila the Three Lions membelasah Perancis 6-4 untuk tamatkan kempen di tangga ketiga.

Kepercayaan Tuchel nyata tidak disia siakan apabila Bukayo Saka muncul watak utama dengan ledakan hatrik, namun persembahan pemain seperti Ezra Konsa yang turut menyumbang jaringan dan Morgan Rogers harus diberi pujian.

Malah, beberapa pemain seperti Ivan Toney, Eberechi Eze dan Dean Henderson turut memainkan peranan masing masing dengan sangat baik walaupun nama mereka bukanlah yang sering menghiasi tajuk utama. Aksi berdepan Perancis kalini membuktikan bahawa kekuatan sesebuah pasukan tidak hanya bergantung kepada bintang sebaliknya kepada pemain yang sentiasa bersedia apabila peluang diberikan.

Mungkin ada yang akan mengatakan ‘tiada siapa akan ingat pasukan yang mendapat tempat ketiga’, tetapi itu bukanlah cerita sebenar. Apa yang dilakukan Tuchel dalam aksi ini boleh dijadikan pengajaran buat pasukan atau jurulatih lain untuk memberi kepercayaan kepada pemain lain dan bukanlah hanya bergantung kepada pemain ‘Superstars’ sesebuah pasukan itu sahaja. 

Anda mungkin berminat dengan

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Related Topics

Must Watch Video