Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) berjanji untuk mewujudkan penganjuran temasya Sukan SEA 2027 yang terhebat selaku tuan rumah.
Bagi menterinya, Dr. Mohammed Taufiq Johari, dia menginginkan kehangatan suasana menjelang temasya dwitahunan itu bermula daripada sekarang.
Advertisement
"Sekarang ini kita sudah perlu mewujudkan 'Hype' Sukan SEA itu sendiri memandangkan kita sebagai tuan rumah bagi edisi 2027.
"Saya semua pihak memainkan peranan, KBS berjanji akan cuba sebaik mungkin untuk anjur Sukan SEA menjadi antara yang terbaik.
"Semestinya memerlukan bantuan rakan media agar berjalan dengan cemerlang," katanya.
Taufiq dijumpai di Majlis Berbuka Puasa KBS bersama Media yang mengumpulkan semua 'pemain' media sukan tempatan dalam usaha merapatkan hubungan KBS dengan media.
Dia juga menyifatkan ini juga merupakan usaha untuk menjalinkan kerjasama lebih dinamik bersama media, lebih-lebih lagi menjelang Sukan SEA malaysia 2027 nanti.
"Sempena bulan Ramadan ini, saya berharap hubungan baik bersama rakan media dapat terjalin, rakan media amat penting untuk sampaikan mesej mengenai sukan. Saya harap hubungan ini terus terjalin." tambahnya.