Skip to main content

Muay Thai

KBS, PJS luluskan penganjuran Warzone World Championship

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Yusuf azmi

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah bersetuju untuk memberi kelulusan (lesen) kepada Warzone World Championship Sdn. Bhd. Untuk menganjurkan Warzone World Championship (WWC) di N9 Arena Nilai, Negeri Sembilan pada 6 dan 7 Disember ini.

Menurut kenyataan itu, kelulusan berkenaan diberikan setelah pihak penganjur bersetuju untuk mematuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan badan pengelola sukan yang terlibat.

Advertisement

"Pihak penganjur juga telah menandatangani surat aku janji yang menyatakan persetujuan terhadap peraturan semasa yang berkuatkuasa termasuk hanya individu yang berusia 15 tahun ke atas sahaja yang menyertai acara WWC dan tiada penglibatan kanak-kanak," kata PJS dalam kenyataan itu.

"Pihak Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) dan Persekutuan Peninju Profesional Malaysia (MPBF) selaku badan pengelola sukan bagi acara WWC telah melaksanakan penelitian kepada peraturan, latar belakang peserta, jadual perlawanan serta perkhidmatan perubatan yang lengkap seperti ambulans & pegawai perubatan bagi memastikan aspek teknikal dan keselamatan acara WWC dipatuhi.

"Pihak penganjur juga telah mengambil insurans berkelompok bagi peserta dan insuran liabiliti awam bagi keseluruhan acara sebagai langkah perlindungan kepada semua individu yang terlibat bagi acara WWC."

Acara WWC akan melibatkan 48 orang peserta, iaitu 21 peserta tempatan dan 28 peserta antarabangsa dari Indonesia, Thailand, China dan India.

 

Must Watch Video